Rasulullah bangun melaksanakan tugasnya itu dan membongkar
khurafat-khurafat syirik dan kepalsuannya. Rasulullah memperingatkan hakikat
berhala-berhala yang mereka sembah itu yang ketiadaan nilai sedikit pun. Baginda
mendedahkan kekosongan fungsinya dengan contoh-contoh sebagai pendekatan.
Baginda menjelaskan dengan kenyataan-kenyataan, di mana para pemimpin yang
dianggap sebagai perantaraan menghubungkan mereka dengan Allah adalah
kerja-kerja yang sia-sia dan sesat semata-mata. Seluruh Makkah menjadi berang
dan marah, merasakan satu kepelikan dan aneh seterusnya membantah dan memprotes
terhadap tuduhan dan ancaman yang menganggap orang musyrikin dan penyembahan
berhala sebagai sesat, tuduhan itu dianggap melulu bak halilintar berdentum di
celah mendung langit, menggegar suasana yang penuh kedamaian. Kaum Quraisy
bangun serentak untuk menyekat satu revolusi yang muncul dengan tiba-tiba,
mereka curiga ianya akan melenyap dan meranapkan budaya hidup yang mereka
warisi selama ini.
Mereka bangun serentak, kerana mereka mengetahui dengan pasti
bahawa “beriman” itu ertinya menafi seluruh tuhan selain dari Allah. Beriman
dengan risalah Muhammad dengan hari Akhirat bererti penyerahan total dan
pengakuan yang mutlak, dengan ertikata mereka sudah tidak mempunyai sebarang
pilihan lagi pada diri mereka mahupun pada harta mereka lebih-lebih lagi
terhadap orang lain. Ini juga bermakna penafian kekuasaan dan kelebihan mereka
ke atas bangsa Arab atas nama agama. Kerana mereka enggan melaksanakan kehendak
Allah dan RasulNya, sanggup mempertahankan penganiayaan yang mereka lakukan
selama ini terhadap lapisan bawahan mereka, berkeras untuk meneruskan kejahatan
yang mereka sudah berbudaya dengannya pagi dan petang, mereka arif kesemua perilaku
yang memalukan ini, maka itulah yang menyebabkan jiwa mereka enggan untuk
menerima risalah Muhammad (s.a.w), untuk kebaikan dan kemuliaan,
tetapi sebaliknya rela untuk meneruskan kejahatan seperti firman Allah:
“Bahkan manusia menghendaki untuk terus berjahat di masa yang akan
datang”.
(al-Qiyaamah: 5)
Mereka sedar semuanya ini, tetapi apakah yang akan mereka lakukan
berhadapan dengan lelaki yang benar dan beramanah ini, yang merupakan contoh
ideal kepada akhlak mulia dan kemanusiaan yang sempurna, selama ini mereka
belum pernah menemui satu contoh dan bandingan seperti Muhammad s.a.w ini
disepanjang sejarah mereka dan sejarah ibu bapa mereka. Apakah yang akan mereka
lakukan? Mereka sebenarnya kebingungan dan memanglah wajar mereka kebingungan.
Setelah menilik pemikiran mereka sematang-matangnya, didapati
tiada jalan lain selain dari menemui bapa saudaranya Abu Talib, mereka akan
meminta jasa baik Abu Talib supaya menghalang anak saudaranya itu, dari
meneruskan tindakan memperlecehkan berhala-berhala mereka, untuk mengemaskan
tuntutan mereka itu, mereka akan mendakwa: Bahawa tindakan dan seruan untuk
meninggalkan tuhan-tuhan mereka, di samping menyatakan ketiadaan sebarang
faedah atau sebarang daya pun bagi berhala-berhala itu, adalah satu penghinaan dan
merendah-rendahkan nenek moyang mereka yang mewarisi agama ini. Sebaik sahaja
mereka dapat idea ini terns mereka berhadapan dengan Abu Talib.
PERWAKILAN
QURAISY MENEMUI ABU TALIB
Ibnu Ishak meriwayatkan; tokoh-tokoh pemuka Quraisy bergerak
menemui Abu Talib dan mereka bersuara: Wahai Abu Talib, sebenarnya anak
saudaramu itu telah mencela tuhan-tuhan kita, memperbodohkan agama pegangan
kita, memperkecilkan pemikiran kita dan mendakwa datuk nenek kita dalam
kesesatan. Di sini kami menuntut samada kamu berhentikannya dari kata-katanya
itu, atau berikan kami laluan untuk kami buat perhitungan dengannya. Kamu pun
sama dengan kami juga, tidak mempersetujuinya, ayuh kita bersama-sama
menghalangnya. D sini Abu Talib menjawab kepada mereka dengan kata-kata yang lunak
dan jawapannya pun bermuslihat, dengan itu mereka semua pulang, sedang
Rasulullah kekal dengan usahanya itu mengembang agama Allah dan menyeru
kepadanya.
MAJLIS PERMESYUARATAN BERSIDANG UNTUK MENCEGAH JEMAAH HAJI DARI
MENDENGAR SERUAN RASULULLAH
Di dalam tempoh hari-hari ini, timbul satu perkara baru yang
merunsingkan Quraisy kerana musim haji pun sudah tidak berapa bulan lagi,
sedang dakwah secara terang-terangan mula mengorak langkahnya. Rombongan haji
tidak lama lagi akan tiba, mereka harus ada satu kata-kata sakti mengenai diri
Muhammad (s.a.w) yang mampu menghalang dakwahnya daripada mempengaruhijiwa
bangsa Arab. Dengan itu mereka berkumpul bersama al-Walid Ibn al-Munghirah,
membentuk kata-kata sakti itu, maka kata al-Walid: Kamu harus bersatu danjangan
ada di antara kamu yang berselisih atau mendusta antara satu sama lain, atau
ada yang menolak pendapat orang lain, maka mereka semua sekata. Ayuh kamu yang
kemukakan. Lalu mereka menyebut: Kita katakan dia seseorang sami, jawab
al-Walid: Demi Allah dia bukan seorang sami, semua kita pernah melihat
sami-sami, kata-katanya itu bukan kata-kata sami atau gurindamnya. Kata mereka:
Jadi kita “katakan dia gila”, kata al-Walid: Dia tidak gila, kan semua kita
pernah tengok orang gila dan kita kenalinya, cakapnya bukan repekan, “dia
seorang penyair” kata al-Walid:
Tidak dia bukan penyair, sebab semua kita kenalijenis-jenis syair,
sama ada yang berbentuk raj 07. atau hazajnya., kata-katanya itu bukan syair,
maka kata mereka: Kalau itu pun tidak kita katakan, beliau tukang sihir. Kata
al-Walid: Sihir pun bukan sebab semua kita mengenali sihir itu, kata-katanya
itu bukan mentera ataujampi sihir, maka kata mereka: Kalau semuanya ini tidak
maka apa yang hendak kita kata: Maka al-Walid pun berkata :
“Demi Allah kata-katanya itu begitu manis, bagai sepohon pokok
bawahannya sangatsubur, cabangnya berbuah, cakap-cakap kamu semua itu
karutbelaka, paling hampir sekali kamu berkata dia seorang ahli sihir kerana
kata-katanya itu memukaukan, kata-katanya itu adalah sihir yang boleh memecah
belahkan di antara seseordng dengan ayahnya atau saudaranya atau isteri atau
dengan seluruh keluarganya, oleh itu hindarlah din kamu darinya ” Sesetengah
riwayat mengatakan bahawa al-Walid setelah menolak semua bentuk cadangan pemuka-pemuka
Quraisy tadi, beliau telah dipinta, dengan kata mereka: Cuba kamu tunjukkan
kepada kami satu pendapat yang kemas dan tidak boleh diperbodohkan, jawab
al-Walid kepada mereka: Berilah kepada aku tempoh untuk ku berfikir. Dengan itu
al-Walid pun cuba berfikir dan berfikir, akhirnya beliau kemukakan pendapat
tadi.
Allah s.w.t mendedahkan kisah al-Walid itu di dalam surah
al-Muddasir sebanyak tujuh ayat:
Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai
tuduhan terhadap Al-Quran.
Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka
(yang demikian)?
Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani
mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?
Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan
mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);
Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam
berkerut;
Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,
Serta ia berkata: ” (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang
dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);
“Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!”
(Al-Muddaththir 18-25)
Setelah majlis permesyuaratan bersetuju untuk menerima pakai
cadangan al-Walid, maka semua mereka mengawal pintu masuk orang-orang haji di
musim itu, tak seorang pun yang tidak diberi maklumat yangjahat itu, malah
kesemua mereka menerima peringatan dari pemuka-pemuka Quraisy.
Yang melaksanakan tugas jahanam itu ialah Abu Lahab, kerana
apabila Rasulullah mengikuti sesetengah orang di musim itu ke kediaman mereka,
ke pasar Ukaz, Mijannah dan Zul Majaz untuk mendakwah mereka ke agamanya, Abu
Lahab akan mengekori dari belakangnya dan memberi tahu kepada mereka: Jangan
kamu percaya dia, dianya seorang yang sudah keluar agama serta mendusta.
Hal ini menyebabkan apabila orang-orang Arab balik dari haji,
mereka menyebarkan kisahnya di seluruh pelusuk bumi Arab.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar